Wednesday, February 26, 2020

Hadis Rasulullah (SAW) yang menerangkan sunnah amar makruf nahi mungkar

"Barang siapa di antara kamu menjumpai kemungkaran maka hendaklah ia mencegah dengan tangan (kekuasaan)nya, apabila tidak mampu hendaklah dengan lisannya, dan jika masih belum mampu hendaklah ia mencegah dengan hatinya. Dan (dengan hatinya) itu adalah selemah-lemahnya iman". (Hadis riwayat Muslim)
"Apabila umatku mencintai dunia, luputlah mereka dari mencintai Islam. Apabila mereka berhenti dari mengajak kebaikan dan mencegah mungkar , mereka akan diangkat keberkatan wahyu(tidak faham Al-Quran), Apabila mereka mula caci mencaci sesama mereka, mereka akan terhindar dari rahmat Allah.
Hukum Amalan Amar Makruf Nahi Munkar
Sama seperti Rukun Harian Islam kedua iaitu Solat, Hukum amalan Amar Makruf Nahi Munkar terbahagi kepada 2 iaitu Fardhu Kifayah dan Fardhu Ain.
Fardhu Kifayah untuk semua lelaki di dalam kariah Masjid secara berjemaah dan Fardhu Ain untuk sesiapa yang mengucapkan Kalimah Syahadah lelaki atau perempuan secara perseoarangan
Masa yang diperuntukkan untuk Amalan Amar Makruf Nahi Munkar.
Sama atau lebih seperti masa yang diperuntukkan untuk ibadah Solat, (5 x 10 minit ) dalam sehari. Para Nabi memulakan hari mereka dengan amalan Amar Makruf Nahi Munkar.
Definasi atau Maksud Kebaikan dan Kemungkaran di dalam Al-Quran
Kebaikan yang paling besar di lakukan oleh manusia adalah mengucapkan pengakuan bahawa Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah dan Aku bersaksi Muhammad pesuruh Allah, setelah mengucap Kalimah Pesaksian ini orang Islam dituntut memberi masa untukkerja mengajak kebaikan dan mencegah kemunkaran.
Kemungkaran yang paling besar di lakukan oleh manusia adalah tidak mengaku persaksian "Tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah" dicegah dengan kebaikan iaitu mengajak orang belum Islam untuk mengucapkan Kalimah Syahadah.
Kemungkaran yang paling besar dilakukan orang Islam ialah tidak menjalankan kerja mengajak kebaikan dan mencegah kemunkaran dan yang kedua tidak menjaga Solat, dicegah dengan berjumpa mereka dan diajak mereka meluangkan masa mentaati perintah Allah ini.

No comments:

Post a Comment

        JABATAN AGROTEKNOLOGI & BIO-INDUSTRI POLITEKNIK JELI, KELANTAN DUA6022 - KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM (AMAR...